Istilah seperti hijab, tudung, shawl dan sebagainya seringkali digunakan untuk merujuk kepada wanita yang menutup aurat. Marcapada ini (wacana klasik bhai), istilah-istilah ini seringkali digunakan sementelahan trend berhijab yang semakin popular . Mari kita semak kamuih Dewan & Pustakaq. :p
Tudung : Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu.
Tadaaaa..!! Inilah tudung :D |
Shawl : Sejenis kain selendang yang dipakai di kepala
Hijab :
- Dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung.
- Dari segi istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar.
Hijab terbahagi kepada dua bahagian:
1. Hijab luaran iaitu kain baju dan pakaian.2. Hijab dalaman iaitu sifat taqwa dan malu.
Tak kisah lah kita nak pakai tudung ke, hijab ke ataupun shawl. Yang penting kita menutup aurat dengan sempurna. Allah suka, family pun sayang. :)
Lagi satu, kalau nak kekal berhijab kena INGAT!! Kita buat kerana Allah SWT bukan kerana makhluk-Nya ( manusia). Insyaa Allah dipermudahkan segala urusan kita kalau niat kita ikhlas & baik.
P/s: Maaf atas percampuran bahasa melayu baku & moden.
Have a nice weekend.
No comments:
Post a Comment