Cerita
ini separuh fiksyen. Tentang memori zaman persekolahan aku yang semakin kabur.
Tujuan aku bercerita disini supaya bila aku dah tua dan semakin pelupa, aku
boleh kembali kesini untuk ingat kenangan waktu dulu.
Dulu,
aku pernah ada 3 orang sahabat. Disini biarlah aku panggil mereka B, C dan D.
Kami
berempat mula bersahabat semasa tingkatan dua. Aku baru berpindah dan mereka
bertiga adalah antara yang pertama menegurku.
Cikgu
: Awak murid baru kan? Ni jadual awak.
*Aku tengok jadual (2 Sigma)
*Tiba-tiba,
loceng sekolah memekik~~~
*Cepat-cepat
masuk barisan perhimpunan
Aku
: Tumpang tanya, kelas 2 Sigma yang mana satu eh?
Manusia
: Yang kedua dari hujung tu.
Aku
: OK. Thanks
*Terus
blah mencari kelas..
Aku
: Yang ni kelas 2 Sigma ke?
B
: Aah..betul. Budak baru ke? Tak pernah nampak pun.
Aku
: Baru masuk hari ni *Senyum kambing*
B
: Oh..aku B. Ni C dan D, budak kelas kita jugak
C
dan D : Hai budak baru..nama apa?
Aku
: Oh..hai. Err..Faizah *Senyum kambing lagi*
Selepas
tu, kami semakin rapat. Tak pernah berpisah. Pergi kantin sama-sama. Pergi
toilet sama-sama. Ponteng kelas sama-sama. Macam belangkas. Sebenarnya, aku
biasa sendiri tapi seronok jugak bila ada kawan temankan kita kemana-mana. Boleh
berkongsi cerita. Rasa macam dapat 3 sisters
yang baru. Aku memang teringin nak ada sister
sebab adik-beradik aku semua lelaki. Parents
aku selalu sibuk dengan kerja dan jarang ada masa untuk aku. Sejak berpindah ke
sekolah ni, kami berempat selalu meluangkan masa bersama. Mungkin sebab kami
semua tak suka keadaan rumah masing-masing.
Tapi
ibu dan ayah aku tak suka aku berkawan dengan B, C dan D. Aku rasa jengkel, terkongkong.
Masa tu aku baru 14 tahun. Darah muda, jiwa memberontak. Tapi bila difikirkan
dari sudut pandangan ibu dan ayah, aku faham kenapa mereka risau.
B
seorang yang kelakar. Dia selalu buat kami tergelak dengan lawak-lawak dia. Disebalik
gelak tawa dia sebenarnya datang dari broken family. Mak ayah dia bercerai semasa
dia masih kecil. Dia anak yang sulung, adik-beradik ramai. Mak dia seorang ibu
tunggal yang struggle cari makan
supaya anak-anak boleh hidup. Jarang ada masa untuk anak-anak. Nak tak nak, si
B ni terpaksa do all the parenting untuk
adik-adik dia. Aku simpati dengan nasib dia, tapi aku tak tahu apa yang aku
boleh buat untuk bantu dia. Mungkin cara dia untuk release tension ialah bergaul dengan mat-mat rempit. Orang kata dia
agak terkenal sebagai b*&^%$. Tapi aku percaya sahabat aku takkan buat
benda-benda macam tu. Walaupun orang mengata macam-macam tentang dia, aku pekakkan
telinga. Bagi aku sahabat aku mungkin nakal sikit tapi dia tak jahat. Satu je benda
yang aku tak suka pada dia, dia suka pinjam baju aku tapi tak reti nak pulang.
Hahaha *Simple-minded teenager*
C
seorang pendengar yang setia. Kami banyak persamaan sebab aku pun jenis yang
tak banyak cakap tapi bila dah rapat dengan someone, jadi non-stop membebel.
Rumah dia sangat cantik dan betul-betul dekat dengan pantai. Keluarga dia pun sporting dan rumah dia selalu jadi
tempat kami melepak lepas habis sekolah. Ayah dia meninggal masa dia kecil jadi
tinggallah dia dengan mak dan adik-beradik dia. Tapi aku suka hubungan dia yang
rapat dengan mak dia. Walaupun ayah dia dah tak ada, dia tetap baik dengan mak
dia. Mungkin ada gaduh sikit-sikit tapi biasa lah tu family mana yang tak pernah bertengkar kan?
D
seorang yang sangat suka bercakap sampai satu masa aku kagum dengan kebolehan
dia bercakap tanpa henti. Mungkin dia polish
kebolehan tu masa dia bekerja part-time.Dia
seorang yang sangat rajin bekerja terutama masa cuti sekolah. Family dia
sederhana, aku tak pernah jumpa mak ayah dia sebab mereka selalu sibuk mencari
nafkah. Dia dan adik-beradiknya atlet. Bila cuti sekolah, mereka semua bekerja
part-time. Cuma apa yang aku nampak hubungan kekeluargaan mereka tak rapat.
Mungkin sebab masing-masing sibuk mencari duit sampai tak ada masa untuk
keluarga.
Parents
aku risau sebab takut aku terpengaruh dengan B, C dan D yang ramai kawan
lelaki. Bagi aku itu perkara biasa sebab B,C dan D memang cantik jadi tidak
hairan kalau mereka ramai kawan lelaki. Cuma kebanyakan kawan lelaki mereka
mat rempit. Parents aku sangat risau. Ya lah, aku mentah lagi. Walaupun aku
tahu mana buruk mana baik, rasa curious
tu tetap ada. Perasaan ingin mencuba tu membuak-buak dalam diri. Tapi sebelum
aku buat apa-apa keputusan, aku tetap akan fikir apa akibat tindakan tu
terhadap family aku. Macam-macam yang aku lalui bersama B,C dan D. Walaupun
orang sekeliling punya tanggapan negatif, kami tak ambil peduli sebab aku tahu
isi hati mereka. Banyak kali mereka bantu aku elak dari tersilap langkah walaupun
mereka sendiri melakukan kesilapan yang sama.
Cuma
aku sedikit terkilan kami semakin jauh selepas B berhenti sekolah dan C
berpindah ke sekolah lain. Tinggal lah aku dan D. Aku tak pasti apa sebabnya
tapi ada yang kata B mengandung dan kahwin lari manakala C pulak ada masalah
disiplin. Pada masa yang sama, aku semakin dikawal ketat oleh ibu dan ayah. Aku
tak ada handphone untuk berhubung dengan kawan-kawan. Rutin harian aku dipenuhi
dengan persediaan menghadapi PMR. Aku tak suka belajar tapi aku turutkan jugak
kehendak ibu dan ayah sebab terpaksa. Masuk tingkatan 3, aku berpindah ke kelas
hadapan dan terpisah daripada D. Walaupun kami tak sama kelas, aku dan D tetap
berjumpa semasa rehat dan ko-kurikulum. Cuma aku dapat rasa yang kami juga
semakin jauh. Aku sibuk dengan pelajaran sampai tak ada masa untuk lepak dengan
D. Perkara ni berlanjutan sampai ke tingkatan 4.
Aku
tak sangka keputusan PMR aku sangat memberangsangkan kerana pada asalnya aku datang
dari kelas hujung yang punya banyak masalah disiplin dan tak minat belajar.
Disebabkan pelajar aliran sains sangat sedikit, sekolah sangat menekan supaya
kami dapat keputusan yang cemerlang. Aku semakin sibuk dengan pelajaran dan semakin
jauh dari D. Aku rasa bersalah tapi tak tahu macam mana cara nak berbaik dengan
dia sebab kami tak bergaduh pun. Cuma semakin menjauh. Tapi aku bodoh. Aku
biarkan perkara ni berlanjutan sampai satu masa aku tersentak.
“D
berhenti sekolah sebab dia dah beranak”, “D beranak sendiri kat rumah”
Semua
orang di sekolah dah tahu. Aku rasa macam aku lah orang yang terakhir yang tahu
benda ni sedangkan aku kawan baik dia. Dulu kami selalu bercerita tentang
semuanya. Dia selalu bergelak ketawa dengan aku sampai aku tak sedar yang
sahabat aku menderita seorang diri. Baru
aku sedar betapa teruknya aku sebagai seorang kawan. Aku pentingkan diri
sendiri. Selama ni memang aku tahu aku seorang yang cold-hearted tapi tindakan aku tu sangat kejam. Rasa
bersalah tu menghantui aku sampai sekarang. Aku tak sanggup berhadapan dengan D
sebab aku rasa tindakan aku yang semakin jauh dari dia turut mempengaruhi
keputusan hidup dia. Setiap kali aku kembali ke Port Dickson, aku akan teringat
kenangan kami berempat.
It used to be us against the world.
Now it’s just me alone.
Dulu
kami akan bercerita tentang semua benda. Sekarang kami cuma rakan Facebook. Kalau aku rindu, aku akan
stalk FB si B, C dan D untuk tahu perkembangan terbaru mereka. Masing-masing
dah ada pasangan hidup, dah beranak-pinak dan aku gembira untuk mereka.
But sometimes I found myself in tears when
I’m thinking of them because I always imagined that we’d be there during each
other’s big day like wedding, child birth etc. I guess we were tangled up in
the maze of life and went our separate ways.
Kepada
B, C dan D :
Maafkanlah sahabatmu yang berhati kering ni. Aku tak pandai meluahkan perasaan dengan
kata-kata. Kalau korang merajuk pun aku tak reti nak pujuk sebab aku memang dilahirkan
macam ni. Maaf sebab aku tak ada masa korang susah. Aku nak datang majlis perkahwinan
korang tapi aku malu sebab aku tak ada masa korang sangat memerlukan sahabat.
Aku rasa tak layak jadi sahabat korang. Maafkan aku. Tapi aku akan sentiasa
doakan kesejahteraan korang dunia akhirat. Amin.
No comments:
Post a Comment