Powered By Blogger

Saturday, 27 July 2013

Aku Merenungi Langit Malam

Assalamualaikum,
Coretan ini cuma beberapa cebisan catatan diari yang kuabadikan pada Julai setiap tahun.

Julai 2007:
Aku merenungi langit malam. Baru di tingkatan 2 tetapi masalah sudah menggunung . Kawan makan kawan, gosip-gosip liar, fitnah & macam-macam lagi. Belum masuk hal pelajaran lagi. Mungkin aku dilabel "budak bermasalah" tapi aku masih risau tentang pelajaranku. Report card dipenuhi dengan dakwat merah, balik rumah tangan pulak yang merah. Kadang-kadang aku harap aku boleh lari dari masalah.

Julai 2008:
Aku merenungi langit malam. Entah kenapa malam ini lebih tenang daripada biasa. Mungkin kerana jiwaku semakin tenang, jauh daripada masalah. Tindakanku menjauhi mereka yang memberi pengaruh negatif memang tepat walaupun agak perit pada mulanya. Syukur, prestasi pelajaranku semakin meningkat & aku lebih fokus. Cuma sikap malas mengulang kaji pelajaran agak sukar dibendung. Maklumlah, aku bukan "budak skema".

Julai 2009:
Aku merenungi langit malam. Sambil mendengarkan Fly.fm, aku menghitung jumlah bintang yang jadi peneman setia. Lagu I'm Yours dendangan Jason Mraz berkumandang seperti mengajak aku bernyanyi bersama. Masalah yang membelenggu sebelum ini banyak mengajar aku. Dulu aku sering disangka bermasalah tetapi tiada siapa menyangka prestasi pelajaranku meningkat mendadak. Syukur.

Julai 2010:
Aku merenungi langit malam. Aku rindu mahu menatap langit malam di kampung. Di sana bintangnya lebih 'ramah' dan cahaya bulan lebih terang. Udara yang nyaman dan suasana kampung yang permai membuatkan aku rasa berat untuk pulang ke Port Dickson. Walaupun SPM semakin menghampiri tetapi aku belum bersedia untuk menghadapinya. Aku seakan hilang semangat disaat genting seperti ini. Harap-harap aku bisa mengumpul kembali semangat yang hilang dan berjuang menghadapi SPM.



Julai 2011:
Aku merenungi langit malam. Alhamdulillah, jiwa yang sebelum ini kosong semakin "gemuk" dengan pengisian rohani. Pelbagai cabaran dan dugaan terasa ringan apabila Allah SWT diletakkan sebagai prioriti. Paling tidak kusangka hati yang keras ini bisa tersentuh bila berkenalan dengan seseorang yang akhlaknya seindah rupa parasnya. Aku kagum, walaupun mempunyai wajah yang "cantik" tetapi dia tidak pernah bongkak malah ramah dan sentiasa menjaga akhlaknya. Dia disegani kerana kebijaksanaannya namun Ad-deen nya tetap diutamakan. Jikalau insan biasa seperti ini bisa buat kita tertarik dengan Islam apatah lagi para Nabi dan Rasul pada zaman dahulu. Aku mahu menjadi hebat seperti dia!!

Julai 2012:
Aku merenungi langit malam. Penat dibelenggu resah, gelisah, kecewa, hampa. Tahniah kepada rakan-rakan yang dapat menyambung pelajaran. Bagi yang kurang bernasib baik sepertiku, bersabarlah. Yakinlah bahawa Allah punya perancangan yang lebih baik untuk kita. Jadikan setiap dugaan yang mendatang sebagai pembakar semangat untuk kita berusaha lebih gigih lagi.

Julai 2013:
Aku merenungi langit malam. Kini aku menjangkau usia 20 tahun. Bersyukur masih diberi peluang untuk memperbaiki diri. Allah SWT memberi musibah untuk memberi peringatan agar tidak terleka dan Dia memberi bahagia supaya kita bersyukur kepada-Nya.

Aku tidak tahu apa yang bakal berlaku pada Julai akan datang, tetapi aku pasti Dia punya perancangan yang terbaik. Kita cuma perlu usaha, usaha, usaha dan tawakal. Jangan biarkan diri tersekat dengan kesilapan masa lalu. Jangan pula terlalu mengejar masa depan yang tidak pasti. Hiduplah di masa kini dengan penuh kesederhanaan. In syaa Allah, moga-moga kita semua berjaya dunia akhirat. ^_^







Saturday, 6 July 2013

ISTILAH HIJAB

Assalamualaikum

Istilah seperti hijab, tudung, shawl dan sebagainya seringkali digunakan untuk merujuk kepada wanita yang menutup aurat. Marcapada ini (wacana klasik bhai), istilah-istilah ini seringkali digunakan sementelahan trend berhijab yang semakin popular . Mari kita semak kamuih Dewan & Pustakaq. :p

Tudung : Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu.
Tadaaaa..!! Inilah tudung :D

Shawl : Sejenis kain selendang yang dipakai di kepala



Hijab :

  • Dari segi bahasa ialah benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung.


  • Dari segi istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar. 

Hijab terbahagi kepada dua bahagian:  
 1. Hijab luaran iaitu kain baju dan pakaian. 
            2Hijab dalaman iaitu sifat taqwa dan malu.

Tak kisah lah kita nak pakai tudung ke, hijab ke ataupun shawl. Yang penting kita menutup aurat dengan sempurna. Allah suka, family pun sayang. :)
Lagi satu, kalau nak kekal berhijab kena INGAT!! Kita buat kerana Allah SWT bukan kerana makhluk-Nya ( manusia). Insyaa Allah dipermudahkan segala urusan kita kalau niat kita ikhlas & baik.



P/s: Maaf atas percampuran bahasa melayu baku & moden.

Have a nice weekend.


Thursday, 21 March 2013

Of Crush, Unrequited Love and Ways To Forget Them?

Assalamualaikum,

How do you do?
How's your iman?
Okay we'll go straight to the point, no need for bebel-ing.(?)





Crush
This is a very common topic really. Almost(?) everyone have a crush.
In case you don't know what a crush is ;
It is a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.
And usually we don't have the courage to tell them how we feel. I have a few friends that came to me asking " How can I forget him? ", " It's hard, I see him all the time" and so on.






Well, I'm not that experienced when it comes to this. But I've once had a crush. I find it hard not to like someone who is well-mannered, religious, excellent not only in the class but also in the field.
Unfortunately, a crush is always followed by unrequited love/cinta xberbalas.
( nama pun crush, lepas minat mesti hati pun crushed ) =..='

What did I do to forget him? 
1) I tried making myself busy
~ With club, society, sports or whatsoever

2) I spend most of my time with family & friends
~ because they are my source of strength. (Poyo much?!)

3)If all else fails, then remind yourself that the Angel of Death(Izrail) will come for you at anytime.
~ At that time, no one can help you out. Not even your crush. :'(
So why don't we use all that free time we have to increase our ibadah & love for the Almighty rather than stalking our crush?? =.='
Hoho ( Easier said than done ).

So cute!! :D


Well, there's no harm in trying though.
May Allah ease your way.
That's all for now.
Sayonara. ^.^


Monday, 18 February 2013

Faith


Assalamualaikum,

You might be married to the worst man on earth,

like Asiah who married Firaun (Pharoah),
but it didn't change her (aqidah)..

You might be married to the best man on earth
like Nabi Lut's wife
yet that doesn't mean you're going to Jannah with him..

You might not be married at all,
like our beloved Maryam
yet Allah SWT places your status above all other women on earth..

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives.


http://shoutulfityah.blogspot.com/2011/07/perkongsian-muhasabah-bukan-sekadar.html





Sunday, 17 February 2013

Life is like a Camera..

Assalamualaikum,

Life is like a camera..
Focus on what's important,
Capture the good times,
Develop from the negatives,
And if things don't work out..
Just take another shot..!!!

Photo: Life is like a camera..
Focus on what's important,
Capture the good times,
Develop from the negatives,
And if things don't work out..
Just take another shot..!!  ^_^

Saturday, 16 February 2013

Tips untuk Kekal Menjaga Aurat

Assalamualaikum,

Ilmu perlu dikongsi, baru dapat berkat..kan??

1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.


#CopyPaste

Mentaliti kita..



Assalamualaikum,

Ada satu mentaliti orang Malaysia yang sangat terlalu terlampau teramat ( hiperbola much!! ) sukar untuk dibendung.

JUDGEMENTAL

bermaksud :
= having or displaying an overly critical point of view
       or
= menghukum
      or
A way of making ones self feel better, by hurting others. Usually caused by closed mindedness, and a lack of manners

Contoh : 

1) Apabila seseorang post status di facebook atau bercakap mengenai agama, automatically dia akan dilabel sebagai ustaz/ustazah/orang yang alim. 
( Ini sangat common )

2) Abu selalu dapat A+ untuk subjek matematik, semua orang assume dia pandai dalam semua benda. Bila dia xdapat selesaikan masalah matematik yang simple, semua orang menghentam dia. 

3) Ani yang bersaiz XXL berjogging setiap petang. Kawan-kawannya mengejek & mengata dia berjogging untuk menurunkan berat badan.





Explanation:

1) Kita sebagai penganut agama Islam digalakkan bercakap/berbincang mengenai agama untuk berkongsi & menambahkan ilmu. Tak perlu malu untuk mendalami ilmu agama, right?

2) Sometimes people make mistakes in their life. Tiada manusia yang sempurna, semua orang pernah melakukan kesilapan. So, chill lah.  

3) Tak siapa tahu, Ani berjogging untuk meningkatkan stamina & mengekalkan kesihatannya di tahap optimum. Nobody cares anyway, right?? =..='

So, hopefully lepas ni fikirlah dulu sebelum membuat apa-apa judgement to anyone.

Have a nice day.





Monday, 11 February 2013

Sayangnya Dia pada Aku



Assalamualaikum,

Haaa.. daripada tajuk mesti ada yang expect aku untuk bercerita(actually menaip) tentang kisah cinta.
Mentang-mentanglah Valentine's day is just around the corner kan.. =..='



Courtesy of google



WELL....
MEMANG BETUL KANAK-KANAK..!!!!!
~ 10 points will be added to your fb account ( Eh??!! )
No.. just kidding. :p

Aku nak menaip pasal kisah aku & Dia. Jeng jeng jeng...

Here it goes.

Aku & Dia tak pernah berjumpa,
tak pernah bertentang mata. 
Apatah lagi nak "bergayut" tengah malam buta. 
No..no..no.
We never date or watch the latest movie together,
never did we had lunch or dinner together.
Kami tak pernah berpegangan tangan atau bermesraan,
Kami tak romantik macam couple-couple millennium ini,
Cinta seperti ini mungkin tak relevan lagi 
pada pandangan sesetengah orang,
Tapi aku yakin..
As long as I love him, His love will never fade.


courtesy of google
Sudah lama aku mengenali Dia,
tapi dulu aku angkuh, bongkak, sombong..
Semakin Dia dekat kepadaku
Semakin aku menjauhi dia,
Segala larangannya ku lakukan,
Saranannya tak ku endahkan
Tapi Dia tetap disisiku.

Tak siapa tahu, dalam diam aku mencintai Dia.
Aku hubungi Dia lima kali sehari,
Aku mengadu segala masalahku, 
Aku ceritakan segala yang terbuku di hati, 
Saat tiada sesiapa menemani & memahami,
Di kala aku suka atau berduka cita,
Dia sentiasa ada disisi.
Dialah Rabb-ku, Penciptaku, segala-galanya bagiku.

Sungguh, percintaan antara Sang Pencipta dengan hamba-Nya jauh lebih hebat daripada kisah cinta
Izzah&Haris(Ombak Rindu), Romeo&Juliet, Laila&Majnun etc..

I'm not saying love is not good, but do it the right way.
As humans, we need love(to love and to be loved) as it is our fitrah.
However..
Put our love for Him on top of all.
In syaa Allah we'll be happy.

courtesy of google


Jom sama-sama semai rasa cinta kita pada Allah SWT. ^_^








Friday, 25 January 2013

Kenapa Hati Kering?

Assalamualaikum,
Soalan yang bermain-main di minda. Kenapa hati kering? What do I mean by "Hati Kering" ?. Kalau google pun xda maksud yang specific.Kalau rajin pergi lah cari dalam Kamuih Dewan & Pustakaq. Akan tetapi(poyo sikit), apa yang aku faham hati kering maksudnya lebih kurang macam degil, xda belas kasihan, xsensitif, berani tak kira tempat and maybe ego.

Tapi apa kena-mengena hati kering dengan tajuk blog ni? That's the real question. The answer is simple, sebab akulah salah seorang manusia yang berhati kering ini. Perkataan ni first time aku dengar masa aku form 4. Lebih kurang macam ni lah situasinya :

Situasi 1
T         : Faizah, aku tension betul lah dengan paper Add Math tadi. Susah gila, tak cukup masa kot nak buat.
Aku    : Hhmm.. ye ke? Boleh lah, ada soalan senang, ada yang susah gila nk mampuih. Standard lah tu.
T         : Kau sempat buat semua ke?
Aku   : (Angguk sambil buat muka blur).
T         : ...............( Cricket sound)

Situasi 2
Z          : Weh, aku nk jumpa kau kejap. Ada benda nak cerita ni.
Aku    : Ok, jumpa tempat biasa.
Di tempat biasa,
Aku    : Hah, apahal ni? Macam urgent je.
Z        : Aku nak cerita tapi macam segan je.
Aku    : Sudah, xnak cerita aku balik.
Z         : Eh, leklu2. Kau ni, xsuspend langsung. Buat lah muka excited sikit.
Aku    : xkuasa aku. Dah cite cepat.
Z         : Macam ni, ada sorang mamat ni. Kau kenal, budak sekolah kte jugak. Dia mesej aku, dia kata dia suka kt aku. Aku nak cakap apa ha kt dia? Segan lah nanti kalau terjumpa kt sekolah.
Aku    : Lahh..ingatkan kucing kau mati kena langgar ke apa, rupanya pasal ni. Kau ingat aku Dr Love ke apa?
Z        : Ish, kau ni. Tolonglah aku. Kau kan banyak pengalaman.
Aku    : Hotak hang. Kita sebaya je, macamlah aku ni tua sangat. Ikut bulan kau lahir dulu tau.
Z        : Tolonglah. Please.....
Aku    : Hhmm.. kalau aku jadi kau, aku buat bodoh je. Apa standard confess kt orang on the phone. Kalau jantan face-to-face lah. Tak pon jumpa ayah aku dulu, itupun kalau dia berani lah. Ayah aku garang ooo..(Gelak Jahat)
Z        : .......(Speechless)

Situasi 3
Pernah sekali aku main dengan ayam kesayangan Ayah, aku lepaskan dari kandang then aku kejar sampai dapat. Maybe ayam tu dah give up sebab penat kena kejar, so dia pun suicide. Ah sudah, aku pun lari menyorok kt belakang rumah. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua( macam karangan BM). Bila ayah dapat tau je ayam tu dah kioq(meninggal dunia), rotan dicapai & pencarian orang yg bertanggungjawab dimulakan. Ayah tanya " kakak ke yang ke yang kejar ayam tu smpai kioq? ". Aku cuma mengangguk sambil tutup mata sebab tengah kecut perut. Tiba-tiba, zass!! Sedar-sedar kaki dah merah kena rotan. Sakitnya cuma tuhan yg tahu tapi yang peliknya aku xmenangis. Xtaulah kelenjar air mata aku tak berfungsi ke apa tapi sampai sekarang aku susah gila nak mengeluarkan air mata even bila sedih. ( Kecuali kalau tengok cerita Mohabbatein.. :p ).

Syndrome kekeringan hati ni memang dah sebati dalam diri sejak dari kecik lagi. Tapi aku tak pernah dengar perkataan hati kering ni sampailah bestfriend aku bagitau. Dia kata
" Kau ni hati kering betul lah. Aku cakap pasal benda happy ke, sedih ke reaksi kau sama je. Penat je aku cerita dengaan penuh perasaan tau. Dah tu, kalau aku merajuk bukannya nak pujuk".
Mana lah aku nak tau dia merajuk. Lain kali cakaplah dia tengah merajuk, boleh lah aku try pujuk walaupun aku memang tak reti nak pujuk orang.

So, dari beberapa situasi di atas lah yang menyebabkan aku pilih Hati kering as the title of my blog. Itu je nak cakap sebenarnya( terlebih bebel plak  ).

Have a nice day. ^^