Assalamualaikum.
Hai, dah lama rasanya tak menulis. Inilah hasil kombinasi
ketandusan idea dan terlalu melayan perasaan malas. Apapun, hari ni hati
tergerak pula nak menulis bila terdengar lagu dendangan Maher Zain, So Soon.
Lagu ini mengingatkan aku kepada arwah Atuk & Wan.
Sejujurnya, aku tidak rapat dengan kedua-duanya yang dulu menetap di
kampung(Pedas-Linggi). Mungkin kerana kami jarang bertemu dan perbezaan dialek
menyebabkan kami kurang memahami antara satu sama lain. Walaupun kami tidak akrab,
aku tetap menyayangi kedua-duanya sebagaimana aku menyayangi atuk & nenek yang
berada di Tawau.
Aku masih ingat ketika di tingkatan 4 bagaimana pengalamanku
menjaga Wan yang sakit di hospital pada setiap hujung minggu. Aku akan bergilir-gilir
dengan sepupuku Linda untuk menjaga Wan. “Linda, tolong urutkan kaki Wan boleh? Sakit”, katanya dengan mata yang berkaca. Aku
turutkan saja. Hati sebak tatkala melihat beliau terbaring lemah dikatil wad.
Wan memang selalu memanggilku dengan nama sepupuku. Aku biarkan saja. Orang
tua. Fizikalnya lemah, ingatan pun sudah tidak kuat. Sebenarnya aku kagum
dengan semangat, keberanian dan cinta beliau terhadap Atuk. Walaupun sakit,
senyumannya tidak lekang ketika meluangkan masa bersama Atuk.
Walaubagaimanapun, pada waktu yang sama kesihatan atuk turut merosot. Kondisi fizikalnya semakin lemah. Atuk yang dulunya sering ke masjid untuk menjadi imam dikampung kini jarang ke sana. Atuk masih lagi ceria menerima kunjungan kami cuma beliau sering terlupa sesetengah perkara yang dilakukannya. Disebabkan kesihatan atuk yang merosot, beliau tidak dapat bertemu dengan Wan selama beberapa minggu kerana hospital terletak jauh dari kampung. Setiap kali aku menemani Wan, pasti beliau akan bertanya ”Bila Atuk nak datang?”. Lidahku cuma mampu kelu membisu.
Walaubagaimanapun, pada waktu yang sama kesihatan atuk turut merosot. Kondisi fizikalnya semakin lemah. Atuk yang dulunya sering ke masjid untuk menjadi imam dikampung kini jarang ke sana. Atuk masih lagi ceria menerima kunjungan kami cuma beliau sering terlupa sesetengah perkara yang dilakukannya. Disebabkan kesihatan atuk yang merosot, beliau tidak dapat bertemu dengan Wan selama beberapa minggu kerana hospital terletak jauh dari kampung. Setiap kali aku menemani Wan, pasti beliau akan bertanya ”Bila Atuk nak datang?”. Lidahku cuma mampu kelu membisu.
Disebabkan rindu yang membengkak Atuk gagahkan juga menaiki motorsikalnya untuk melawat Wan di hospital. Namun malang tidak berbau, Atuk terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan dan dikejarkan ke hospital. Wan yang masih tidak tahu keadaan atuk tidak henti-henti bertanya “Mana Atuk?”. “Kenapa Atuk tak datang melawat?”. Kondisi Atuk semakin kritikal namun tiada siapa yang sampai hati untuk memberitahu Wan.
Akhirnya, pada penghujung Januari 2009 Atuk kembali ke rahmatullah. Atuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kundur Hilir. Pada masa itu, Wan masih lagi tidak mengetahui apa-apa kerana anak-anak takut kesihatannya akan terjejas. Namun, kondisi Wan semakin merosot tidak lama selepas itu seolah-olah beliau dapat merasakan pemergian Atuk. Pada Febuari 2009, Wan kembali ke rahmatullah selepas beberapa bulan bertarung melawan sakit. Wan disemadikan bersebelahan dengan kubur Atuk. Sungguh, mereka sangat mencintai antara satu sama lain.
Bagiku, kisah Atuk dan Wan lebih hebat daripada kisah cinta Romeo dan Juliet mahupun kisah Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Mereka cuma
insan biasa yang bertemu dan bercinta kerana-Nya. Mereka dikurniakan keluarga
yang harmoni dan saling menyayangi hingga ke akhir hayat.
Setiap kali mendengar bait-bait lirik So Soon, airmata
pasti mengalir. Bukan kerana sedih tetapi gembira mengingati kenangan manis
bersama dua insan yang banyak mempengaruhi hidup kami sekeluarga.
Night and day, I still feel you are close to me
Malam dan siang, aku masih merasa kamu dekat denganku
And I remember you in every prayer that I make
Dan aku mengingatimu disetiap doaku
Every single day may you be shaded by His mercy
Semoga kamu berada dibawah lindungan-Nya
But life is not the same, and it will never be the same
Tapi hidup ini tak sama, tak mungkin akan sama
But I’m so thankful for every memory I shared with you
Tapi aku bersyukur untuk setiap kenangan yang kukongsi
bersamamu
‘Cause I know this life is not forever.
Kerana aku tahu hidup ini bukan untuk selamanya
To God we all belong and to Him we shall return.
Dari Tuhan(Allah swt) kita datang dan kepada-Nya kita akan
kembali.
Al-fatihah buat Atuk, Hj Sudin Bin Md Jan & Wan, Hjh
Halimah Binti Saad. Semoga nanti kami bertemu kalian di Jannatul Firdaus. Insyaa Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment