Powered By Blogger

Friday, 21 November 2014

So Soon

Assalamualaikum.

Hai, dah lama rasanya tak menulis. Inilah hasil kombinasi ketandusan idea dan terlalu melayan perasaan malas. Apapun, hari ni hati tergerak pula nak menulis bila terdengar lagu dendangan Maher Zain, So Soon.



Lagu ini mengingatkan aku kepada arwah Atuk & Wan. Sejujurnya, aku tidak rapat dengan kedua-duanya yang dulu menetap di kampung(Pedas-Linggi). Mungkin kerana kami jarang bertemu dan perbezaan dialek menyebabkan kami kurang memahami antara satu sama lain. Walaupun kami tidak akrab, aku tetap menyayangi kedua-duanya sebagaimana aku menyayangi atuk & nenek yang berada di Tawau.

Aku masih ingat ketika di tingkatan 4 bagaimana pengalamanku menjaga Wan yang sakit di hospital pada setiap hujung minggu. Aku akan bergilir-gilir dengan sepupuku Linda untuk menjaga Wan. “Linda, tolong urutkan kaki Wan boleh?  Sakit”, katanya dengan mata yang berkaca. Aku turutkan saja. Hati sebak tatkala melihat beliau terbaring lemah dikatil wad. Wan memang selalu memanggilku dengan nama sepupuku. Aku biarkan saja. Orang tua. Fizikalnya lemah, ingatan pun sudah tidak kuat. Sebenarnya aku kagum dengan semangat, keberanian dan cinta beliau terhadap Atuk. Walaupun sakit, senyumannya tidak lekang ketika meluangkan masa bersama Atuk.

Walaubagaimanapun, pada waktu yang sama kesihatan atuk turut merosot. Kondisi fizikalnya semakin lemah. Atuk yang dulunya sering ke masjid untuk menjadi imam dikampung kini jarang ke sana. Atuk masih lagi ceria menerima kunjungan kami cuma beliau sering terlupa sesetengah perkara yang dilakukannya. Disebabkan kesihatan atuk yang merosot, beliau tidak dapat bertemu dengan Wan selama beberapa minggu kerana hospital terletak jauh dari kampung. Setiap kali aku menemani Wan, pasti beliau akan bertanya ”Bila Atuk nak datang?”. Lidahku cuma mampu kelu membisu.

Disebabkan rindu yang membengkak Atuk gagahkan juga menaiki motorsikalnya untuk melawat Wan di hospital. Namun malang tidak berbau, Atuk terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan dan dikejarkan ke hospital. Wan yang masih tidak tahu keadaan atuk tidak henti-henti bertanya “Mana Atuk?”. “Kenapa Atuk tak datang melawat?”. Kondisi Atuk semakin kritikal namun tiada siapa yang sampai hati untuk memberitahu Wan.

Akhirnya, pada penghujung Januari 2009 Atuk kembali ke rahmatullah. Atuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Kundur Hilir. Pada masa itu, Wan masih lagi tidak mengetahui apa-apa kerana anak-anak takut kesihatannya akan terjejas. Namun, kondisi Wan semakin merosot tidak lama selepas itu seolah-olah beliau dapat merasakan pemergian Atuk. Pada Febuari 2009, Wan kembali ke rahmatullah selepas beberapa bulan bertarung melawan sakit. Wan disemadikan bersebelahan dengan kubur Atuk. Sungguh, mereka sangat mencintai antara satu sama lain.

Bagiku, kisah Atuk dan Wan lebih hebat daripada kisah cinta Romeo dan Juliet mahupun kisah Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Mereka cuma insan biasa yang bertemu dan bercinta kerana-Nya. Mereka dikurniakan keluarga yang harmoni dan saling menyayangi hingga ke akhir hayat.
Setiap kali mendengar bait-bait lirik So Soon, airmata pasti mengalir. Bukan kerana sedih tetapi gembira mengingati kenangan manis bersama dua insan yang banyak mempengaruhi hidup kami sekeluarga.

Night and day, I still feel you are close to me
Malam dan siang, aku masih merasa kamu dekat denganku

And I remember you in every prayer that I make
Dan aku mengingatimu disetiap doaku

Every single day may you be shaded by His mercy
Semoga kamu berada dibawah lindungan-Nya

But life is not the same, and it will never be the same
Tapi hidup ini tak sama, tak mungkin akan sama

But I’m so thankful for every memory I shared with you
Tapi aku bersyukur untuk setiap kenangan yang kukongsi bersamamu

‘Cause I know this life is not forever.
Kerana aku tahu hidup ini bukan untuk selamanya

To God we all belong and to Him we shall return.
Dari Tuhan(Allah swt) kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.


Al-fatihah buat Atuk, Hj Sudin Bin Md Jan & Wan, Hjh Halimah Binti Saad. Semoga nanti kami bertemu kalian di Jannatul Firdaus. Insyaa Allah. Amin.

Tuesday, 6 May 2014

Felixia Yeap & Hijab

Assalamualaikum,

Lamanya blog ni xber-update. Fuhh..fuhh. Sampai berhabuk. =..='
Inilah akibatnya bila kerja bertangguh. Nawaitu nak update blog tapi xkesampaian.

Baru-baru ni, aku terbaca blog Felixia Yeap, a former Playboy bunny & model. Sebelum ni xpernah dengar pun nama ni tetapi nama Felixia Yeap mula menjadi sebutan apabila dia membuat keputusan untuk mula memakai pakaian muslimah dan berhijab.



Sejujurnya, aku respek dia kerana bukan mudah untuk mengambil keputusan itu apalagi dia bukan beragama Islam. Ada yang menyokong tindakannya, xkurang juga yang menentang. Ada juga yang menganggap dia mempermainkan agama Islam. Bagi aku, xsalah dia berpakaian menutup aurat jika niatnya mahu mengenali & mendalami agama suci ini. Berdasarkan blog milik Felixia, dia memilih untuk berhijab kerana berasa selamat, terlindung & dihormati. Isn't that a good reason?



Tindakan Felixia ini secara xlangsung membuka mata kita bahawa hidayah Allah boleh sampai kepada sesiapa pun tanpa mengira bangsa atau agama. Ini juga adalah peluang kita sebagai umat Islam untuk memperkenalkan agama samawi ini kepada orang bukan Islam. Peluang untuk mereka lihat betapa sempurna & indahnya Islam. Cuma agak kecewa bila ada sesetengah muslim yang menghentam tindakan Felixia. Ada juga yang menggesa dia untuk terus convert ke agama Islam sedangkan dia masih dalam proses bertaaruf(mengenal) dengan agama ini. Adilkah jika kita memaksa seseorang untuk menganut agama yang masih asing bagi dirinya?

Sebagai alternatif, kita boleh membimbing dia dan memberi pengetahuan asas tentang Islam. Antara sumber terbaik untuk mempelajari Islam ialah Al-Quran & sunnah. Mungkin kita boleh hadiahkan dia terjemahan Al-Quran. Akhir sekali, kita doakan semoga Allah SWT memberikan taufik hidayahNya bukan saja kepada Felixia malah kepada semua tanpa mengira latar belakang.
Amin.

p/s : Maaf kalau ada salah & silap dalam menulis entry ni. Sila tegur kalau ada kesalahan.
Another p/s : Rasulullah mengajar umatnya untuk berbuat dengan semua makhluk. Be nice to every living being. ^_^