Powered By Blogger

Tuesday, 17 July 2012

Terdetik Hati ~ Part 2

Assalamualaikum,

Kita sambung cerita dari entry yang lepas ya kanak2. I did mention in my previous entry that after my hijr, I received a lot of different feedbacks. Ada yang positif, ada juga yang negatif. Well, semua tu memang dah dijangka. Tak semua orang akan menyokong kita sebab dalam ramai-ramai pasti akan ada sesetengah orang yang akan membantah, tapi di situ lah cabarannya. Life would be boring without challenges.. kan??
My family are really happy about my hijr especially my mum. Iya lah, ibu mana yang tak happy bila anaknya sudah mulai berhijab. I can see tears in her eyes but she's trying hard not to let me see. Oh, I love u mum. Same goes to my dad. I'm so lucky to have such loving & understanding parents. My mum was so thrilled sampai sanggup teman pergi beli shawl semua. Terharu sangat ( haih..orang perempuan sangat mudah tersentuh hatinya.. =..=' ).
Kawan-kawan pun semua really supportive, oh terharu lagi.

However, just like what I mentioned earlier, tak semua akan menyokong. Apa yang membuatkan diri lebih terkilan, one of them is my relative. Sebaknya hati bila usaha kita untuk berubah diperlekehkan, dikatakan tidak ikhlas menutup aurat kerana niat cuma mahu menutup kelemahan diri. Kaku seluruh tubuh, mata yang mulai berkaca aku kesat segera, tidak mahu nampak lemah. Di saat itu, diri cuma mampu berdoa supaya diberikan kekuatan & kesabaran untuk berhadapan dengan individu berkenaan. Bukan tidak mahu membalas kata-kata sinisnya, cuma khuatir dikatakan kurang ajar kerana beliau jauh lebih tua dari saya. Memang betul apa yang pernah dikatakan seseorang dulu, kematangan seseorang individu bukan dinilai melalui usianya tapi melalui peribadinya.
Ada segelintir pula yang mengata ; " Eleh, she's just having a bad-hair day. Esok lusa dia bukak lah tudung tu." , " Haih, tiba-tiba jadi ustazah pulak ni. Demam ke apa? " . Rasa macam dicucuk-cucuk hatiku bila mendengar respons sedemikian tapi cepat-cepat aku pujuk hati. " Wahai hati, janganlah kau bersedih. Kentalkan jiwamu & ikhlaskan dirimu, kerana semuanya Lillahitaala ".
Maaf, tidak pernah terlintas di hati untuk memburukkan individu-individu berkenaan. Jauh sekali untuk berdendam kerana diri sudah lama memaafkan mereka. Life is too short to waste time HATING anyone. Cuma mahu berkongsi cerita supaya dapat dijadikan teladan & persiapan especially kepada hati-hati yang berniat untuk berubah.

" Yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi."

Ingin aku kongsikan juga beberapa pengalaman & perubahan menarik selepas perubahanku. Yang paling ketara ialah layanan orang sekeliling. Sebelum ini, bila berjalan berseorangan, ada saja yang mengganggu atau bahasa rempitnya, mengusha. Tapi sekarang, aku boleh kemana-mana dengan tenang tanpa gangguan sesiapa. It seems that hijabees are less likely to be sexually-harrased by men. It's a fact! Besides that, bila berhijab, mudah untuk kita menunaikan solat sebab xperlu bawa telekung( tapi tudung & baju mesti labuh/longgar ). Mudahnya bila berhijab & menutup aurat. Sambil ketuk-ketuk kepala cakap dalam hati ~ Why didn't I figure this out earlier ?

Ramai juga rakan-rakan free-hair yang tanya bermacam-macam soalan. Contohnya, " Kenapa kau pakai tudung?" , " Kau dapat hidayah ke apa ni ? " , "kenapa berubah ? " , " Macam mana nak dapat hidayah? " dan banyak lagi. It seems to me that they are very curious & they want to change for the better too but still waiting for that 'something' to ignite the change. Kinda reminds me of the old me not so long ago. Aku bukanlah jenis yang petah berbicara malah seorang yang pendiam tapi gemar menulis. Bila ditanyakan soalan2 berkenaan out of the blue, tiba2 lidah jadi kelu. Aku xtahu bagaimana mahu menerangkan tentang perubahan ini. Aku mahu menerangkan dari segi agama tapi rasanya diri seperti tidak layak. Memanglah ilmu agama sudah diterapkan dari kecil tetapi ilmu yang ada terlalu sedikit untuk dikongsikan hingga diri terasa malu. Takut juga jika cara penyampaianku tidak betul. Aku mahu mereka terkesan dengan peneranganku tanpa rasa kecil hati kerana aku faham situasi mereka. Aku pun pernah merasainya.  Maaf kepada mereka kerana tidak mampu memberikan penerangan yang sempurna. 

Di sini ialah senarai beberapa link yang harap-harap dapat membantu kalian :


Hopefully somehow penulisan aku & link di atas sedikit sebanyak dapat membantu. Sekali lagi aku memohon maaf kalau ada salah & silap. Aku cuma seorang muslimah yang cuba menyampaikan sedikit ilmu yang ada & remember :

"Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutup rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki "

SAYONARA .